Video tular gaduh: Tiga ditahan, dua lagi diminta serah diri

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

IPOH - Polis telah menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan rotan di tengah jalan Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun dekat Tanjung Rambutan di sini Khamis lalu.

Kesemua suspek berusia 28, 34, dan 43 tahun itu diberkas dalam serbuan berasingan di sekitar Ipoh sejak Ahad.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek telah ditahan reman selama tiga hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pergaduhan.

Iklan

"Kita minta rakan suspek lain yang masih bebas segera tampil menyerah diri di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.

Polis sebelum ini meminta bantuan orang ramai mengesan lima lelaki yang terlibat dalam pergaduhan tersebut selepas video kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp.

Iklan

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan tiga lelaki dengan dua daripadanya memegang rotan memukul seorang mangsa beberapa kali hingga jatuh sementara seorang lelaki cuba menghalang kejadian itu.

Difahamkan, mangsa berusia 34 tahun yang dirakam dipukul dalam video itu menerima 11 jahitan akibat kecederaan di kepala dan telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chemor.