Nahas helikopter: Empat tentera Australia diisytihar terkorban

Iklan
Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Australia menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar Pulau Lindeman, Queensland. - Foto AFP

MOSCOW - Empat tentera Australia yang dilapor hilang selepas nahas helikopter lewat minggu lalu telah diisytiharkan terkorban, lapor Sputnik memetik Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles pada Isnin.

Nahas berlaku pada Jumaat semasa latihan tentera bersama AS-Australia Talisman Saber, dengan penyertaan lebih 30,000 tentera.

Iklan
Iklan

Empat askar berkenaan merupakan Rejimen Penerbangan keenam Australia yang berpangkalan di Sydney.

Pada Sabtu, jurucakap polis Queensland berkata, mereka telah menemui serpihan disyaki helikopter yang hilang.

Iklan

"Sejak kemalangan helikopter MRH-90 pada malam Jumaat, terdapat aktiviti di Whitsundays mendedahkan penemuan serpihan dipercayai dari helikopter itu... terjadinya insiden malapetaka, dan dengan setiap jam berlalu, jelas bahawa harapan untuk menjejaki Kapten Lyon, Leftenan Nugent, Pegawai Waran Laycock dan Koperal Naggs masih hidup telah pudar," kata Marles pada sidang akhbar.

Beliau berkata keluarga keempat-empat tentera telah dimaklumkan mengenai fakta itu.

Iklan

Latihan Talisman Sabre 2023, yang dijadualkan berlangsung dari 21 Julai hingga 4 Ogos, telah ditangguh atas insiden itu. - Bernama-Sputnik

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas, empat kru tentera Australia hilang