Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang

Iklan
Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka pada Isnin. - Gambar hiasan

JAKARTA - Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka pada Isnin.

Ketua agensi penyelamat Pekanbaru, Budi Cahyadi berkata, kapal KM Lintang Timur Samudera dalam perjalanan dari Tanjung Balai Asahan menuju ke Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kapal itu mengalami kebocoran akibat dihempas ombak besar di lokasi 'one fathom bank' di perairan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya telah bekerjasama dengan agensi penyelamat Medan, Vessel Traffic Service (VTS) Dumai dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya, Malaysia.

Iklan

Lokasi terakhir kapal itu pada koordinat 02°56' 740"N, 100° 52' 692" E di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif. - Bernama

Iklan