CYBERJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya di sini pada 27 Julai lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, 24 murid itu mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan sekarang telah sembuh serta kembali bersekolah.