PEMAIN remaja negara Aira Azman disifatkan sebagai permata baharu sukan skuasy yang mampu menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Jurulatih skuasy kebangsaan Andrew Cross berkata, kejayaan atlet berusia 18 tahun itu melangkah ke final Kejohanan Dunia di Melbourne, Australia merupakan pencapaian yang sangat baik, selepas ratu skuasy negara Datuk Nicol David melakukannya pada 2001.
"Dia mempunyai potensi, walaupun tewas di final, dia sudah memberikan saingan kepada beberapa pemain yang berada di ranking lebih tinggi dan menewaskan pemain di ranking 10 terbaik.
"Berdepan pemain Mesir pada perlawanan akhir merupakan tugasan berat, tapi dia sudah berikan yang terbaik sepanjang minggu itu. Dia boleh berbangga dengan dua minggu yang cemerlang di Australia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Walaupun terlepas peluang meraih gelaran juara acara berpasukan wanita, Cross yakin pasukan sedia ada mempunyai potensi besar terutama dalam kalangan pemain akan melalui transisi daripada remaja ke skuad senior selepas ini.
Selain Aira, turut membantu pasukan wanita negara muncul naib juara Kejohanan Dunia Remaja ialah K. Sehveetrraa, U.Thanusaa, and Whitney Isabelle Wilson. - Bernama