Individu 75 tahun ke atas berisiko alami gangguan mental

Iklan
Wanita paling ramai berbanding lelaki mempunyai penyakit mental ketika usia melepasi 75 tahun. - Foto Agensi

BRISBANE - Universiti Queensland (UQ) dan Universiti Perubatan Harvard menganggarkan bahawa satu atau dua individu berumur 75 tahun ke atas, berkemungkinan mengalami sekurang-kurangnya satu gangguan mental.

Kajian disiarkan dalam jurnal Lancet Psychiatry pada Ahad, termasuk data daripada 156,331 orang dewasa di seluruh 29 negara dan wilayah antara tahun 2001 dan 2022.

Iklan
Iklan

Penyelidik mendapati risiko penyakit mental menjelang umur 75 tahun adalah sebanyak 46.4 peratus bagi responden lelaki dan 53.1 peratus untuk wanita.

Menurut hasil penemuan itu, penggunaan alkohol dan kemurungan antara punca utama berlaku kepada lelaki manakala kemurungan dan fobia spesifik untuk wanita.

Iklan

Kajian itu juga menyatakan bahawa penyakit itu pertama kali muncul pada zaman kanak-kanak, remaja atau dewasa.

Pengarang utama kajian dan profesor dari Institut Otak Queensland UQ, John McGrath berkata, keputusan menunjukkan gangguan kesihatan mental dengan 50 peratus berlaku pada usia 75 tahun.

Iklan

"Umur puncak permulaan pertama adalah pada usia 15 tahun dengan usia median permulaan lelaki adalah 19 tahun dan 20 tahun untuk wanita," kata McGrath. - Xinhua