Junta Myanmar lanjutkan darurat, kali keempat sejak rampasan kuasa

Iklan
Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing (berdiri) berucap pada mesyuarat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC) di Naypyitaw, Myanmar pada Isnin. NDSC melanjutkan keadaan darurat di negara itu selama enam bulan. - Foto EPA

ISTANBUL - Junta tentera di Myanmar pada Isnin melanjutkan tempoh darurat buat kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.

Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar mengumumkan bahawa darurat yang sepatutnya berakhir pada 31 Julai, dilanjutkan selama enam bulan lagi, lapor Agensi Anadolu memetik laman sesawang Myanmar Now.

Iklan
Iklan

Kali terakhir junta melanjutkan darurat adalah pada Februari tahun ini.

Majlis itu juga membincangkan pilihan raya yang tertangguh di negara Asia Tenggara itu.

Iklan

Pasukan tentera yang dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa tentera pada 1 Februari 2021, menggulingkan kerajaan Liga Kebangsaan untuk Demokrasi dan memenjarakan barisan kepimpinannya, termasuk Aung San Suu Kyi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 1.5 juta orang hilang tempat tinggal dalam tempoh dua tahun lalu, manakala lebih lima juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan di Myanmar.

Iklan

Sekurang-kurangnya 2,890 orang maut di tangan tentera, manakala 767 individu ditahan sejak tentera mengambil alih kuasa, menurut data PBB. - Bernama-Anadolu