Calon Bebas Paroi nafi jadi proksi YB

Iklan
Muhammad Syakir tidak dapat menahan menceritakan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

SEREMBAN - Calon Bebas Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Muhammad Syakir Fitri Sadri, 25,menafikan menjadi proksi kepada bekas penyandang kerusi itu, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani bagi memecahkan undi.

Malah bekas Pegawai Penyelidik dan Tugas Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan turut menafikan menerima tajaan daripada mana-mana individu termasuk ADUN terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya memang pernah berkhidmat selama empat tahun dengan YB Taufek, tapi penyertaan saya sebagai calon Bebas tiada kena-mengena dengan beliau atau mana-mana pihak.

"Saya perlu jelaskan ini kerana ada yang fikir saya dihantar bertanding sebagai proksi untuk memecah undi," katanya kepada pemberita di Senawang pada Isnin.

Iklan

Graduan dalam jurusan Diploma Pemasaran dari Polikteknik Port Dickson itu dalam nada sedih turut menjelaskan segala perbelanjaan untuk menjadi calon dan berkempen menggunakan wang sendiri serta menerima sumbangan daripada beberapa pihak.

Ujarnya, kesudian pihak terbabit untuk menyumbang kerana mahu melihat beliau berjuang untuk anak-anak muda di kawasan Paroi.

Iklan

"Jumlah sumbangan itu tak banyak, tapi adalah beberapa individu yang menyumbang.

"Mereka juga bukanlah daripada parti politik, cuma mereka yang mahu melihat saya berjuang untuk anak muda di kawasan ini," katanya.

Dalam pada itu beliau juga menafikan dakwaan kononnya terbabit dengan salah guna kuasa membabitkan projek kerajaan negeri ketika berkhidmat dengan Exco Pembangunan Belia dan Sukan itu.

Tambahnya, beliau percaya pelbagai tuduhan dan tohmahan yang timbul disebabkan ada pihak cuba melemahkan semangatnya untuk bertanding.

"Ada juga (yang) mendesak supaya saya menarik diri saja kerana akan kehilangan deposit," katanya.

DUN Paroi menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Norwani Ahmat (PH-Amanah), Kamarol Ridzuan Mohd Zin (PN-Pas) dan Syakir Fitri (Bebas).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!