Tangguh dahulu pengumuman berkaitan peruntukan - Penganalisis

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Kerajaan disyorkan menangguhkan dahulu apa sahaja pengumuman berkaitan sebarang peruntukan pada musim kempen pilihan raya negeri (PRN) ketika ini supaya ia tidak dilihat sebagai satu taktik politik atau strategi untuk memenangi pilihan raya.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, sebaik-baiknya dalam keadaan sekarang kerajaan hanya perlu laksana apa yang diluluskan, dirancang dan diumum sebelum ini bagi mengelakkan wujud persepsi tidak baik kepada mereka.

Iklan
Iklan

"Situasi politik hari ini adalah politik persepsi, jadi apabila sesuatu perkara gagal beri keyakinan kepada rakyat, maka rakyat akan lihat itu kelemahan, taktik politik atau strategi untuk menang pilihan raya.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya perlu memberi penerangan secara terperinci tentang setiap peruntukan bagi bantuan dan program terutama dari segi bila ia diluluskan supaya rakyat dan parti-parti politik jelas tentang proses berkenaan agar ia tidak menimbulkan persepsi buruk.

Iklan

Ditanya sama ada pengumuman itu dilihat sebagai rasuah atau penyalahgunaan kuasa, Mohammad Tawfik berpendapat, ia boleh disahkan sekiranya siasatan dibuat dan kes dibawa ke mahkamah.

"Jika ada laporan daripada mana-mana pihak yang melihat berlaku salah guna kuasa, maka laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Kemudian jika ada bukti, kertas pendakwaan dibuka dan diurus di mahkamah. Biar mahkamah tafsirkan berdasarkan undang-undang sedia ada,” ujarnya.

Iklan

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!