Pelumba basikal remaja maut dilanggar ketika berlatih

Iklan
Magnus White meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang berlatih di rumahnya di Boulder, Colorado.

PELUMBA berbasikal remaja Amerika Syarikat (AS) Magnus White meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang berlatih di rumahnya di Boulder, Colorado.

Mendiang White yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 17 tahun sedang melakukan persiapan terakhir sebelum berlepas ke Glasgow di Scotland bagi menyertai Kejohanan Dunia Basikal Bukit bagi kategori remaja 10 Ogos depan.

Iklan
Iklan

Pertubuhan Basikal AS menyifatkan White sebagai bintang berbakat dan sangat bersinar.

"Dia adalah bintang yang semakin meningkat dalam gelanggang berbasikal lasak dan keghairahannya untuk berbasikal terbukti melalui perlumbaan dan kemesraan dengan rakan sepasukan serta komuniti setempat," kata pertubuhan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

White pernah memenangi Kejohanan Kebangsaan Cyclocross Remaja 17-18 2021 iaitu pertandingan yang dianggap sebagai 'saat penting' kerana bakal memberinya peluang untuk berlumba di Eropah.

Iklan

Mendiang juga pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan AS untuk musim penuh perlumbaan Cyclocross Eropah dan menutup tahun itu di Kejohanan Dunia Cyclocross UCI 2022 di Arkansas.

Sepanjang kariernya, White turut mewakili negaranya pada satu lagi Kejohanan Dunia Cyclocross pada Januari tahun ini di Hoogerheide, dan pada musim panas ini dia mendapat tempat dalam pasukan Kejohanan Dunia Basikal Bukit.

Iklan

Mula terlibat dalam perlumbaan basikal peringkat kebangsaan ketika berusia 10 tahun, White berterima kasih dan memuji bapanya kerana memperkenalkannya kepada sukan itu.

"Apabila saya membesar, bapa saya benar-benar mengajak saya berbasikal kerana dia berlumba di jalan raya, kemudian saya menyertai pasukan tempatan (Boulder Junior Cycling), yang mempunyai beberapa jurulatih hebat yang membawa saya di mana saya berada sekarang," kata White dalam buku profil di laman web pertubuhan itu. - Agensi