Polis siasat wanita dipukul beberapa individu di tangga

Iklan
Video yang tular di media sosial berhubung seorang wanita dipukul oleh beberapa individu di tangga.

GEORGETOWN - Polis sedang menyiasat satu klip video yang tular di media sosial berhubung seorang wanita dipukul oleh beberapa individu di tangga.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, video berdurasi lima minit 39 saat itu dikesan tular di akaun Facebook 'Wyman Wyman' pada jam 12 tengah hari, 31 Julai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, video itu dikesan selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang menyatakan mangsa di dalam video berkenaan adalah anaknya.

"Kita menerima laporan daripada lelaki tersebut pada jam 10 malam, 30 Julai lalu yang menyatakan wanita yang dipukul itu adalah anaknya.

Iklan

"Menurut lelaki itu, anak perempuannya itu telah keluar dari rumah di sini sejak Disember tahun lalu dan tidak pulang sehingga kini. Ia berpunca daripada masalah keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, lelaki itu juga mendakwa sejak daripada itu, dia langsung tidak dapat menghubungi anaknya.

Iklan

"Selepas disemak, memang benar video berkenaan telah dimuat naik di Facebook berkenaan namun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Soffian turut menasihati orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berkenaan untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Timur Laut untuk membantu siasatan," katanya.