Masjid, surau bukan medan politik, pentadbir diingatkan patuh titah Sultan - Amirudin

Iklan
Amirudin pada Majlis Pelancaran Tawaran Kita Selangor Lima Tekad Untuk Lima Tahun Kegemilangan Negeri Selangor dan sesi pengenalan calon-calon Perpaduan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini pada Isnin malam.

SHAH ALAM - Pentadbir di masjid dan surau di Selangor digesa agar lebih berhati-hati dan mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membenarkan tempat ibadah menjadi pentas kempen politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pentadbir atau nazir sepatutnya memahami perkara itu dan tidak harus membenarkan pemimpin politik memberi ucapan di dalam masjid dan surau.

Iklan
Iklan

"Itu memang tanggungjawab JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan ingatan kepada semua supaya berhati-hati kerana kita ada undang-undang, semua diharapkan tidak melanggarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Tawaran Kita Selangor Lima Tekad Untuk Lima Tahun Kegemilangan Negeri Selangor dan sesi pengenalan calon-calon Perpaduan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini pada Isnin malam.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Beliau turut menjelaskan situasi yabg dihadapi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang baru-baru ini.

Iklan

Menurut Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor, Fahmi tiada perancangan untuk melawat masjid berkenaan sebaliknya beliau singgah untuk menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan ketika itu.

"Saya sendiri ingatkan kepada masjid bila terima lawatan, namun begitu apa terjadi dalam kes Fahmi (Fadzil) beliau tidak ada perancangan melawat ke sana, kebetulan waktu Zohor dan menunaikan solat,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak berlaku kekeliruan dan keadaan dilema dalam kalangan pentadbiran masjid ketika menerima kunjungan mana-mana pemimpin kerajaan.

"Kalau hendak tunaikan solat pun tak boleh, tak bolehlah (begitu). Tetapi kebetulan, nazir menjemput beliau pula berucap, cukup kalau nazir mengumumkan kehadiran menteri atau pemimpin sebagai tanda hormat, itu (sudah) cukup.

"Kadang-kadang ia menjadi perkara yang dilema dan berbelah bahagi kepada pemimpin-pemimpin datang dan pihak tuan rumah menjemput, kalau ditolak nanti dia kata kita sombong,” tambahnya.