Sarjan ditahan disyaki pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang

Iklan
Laporan Sinar Harian

SERDANG - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditahan kerana dipercayai memecah masuk stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota polis berusia 40-an itu ditahan pada Isnin dan direman pagi ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis membuat permohonan reman ke atas anggota dari Unit Komersial IPD Sepang tersebut selama 14 hari.

"Barang yang didapati hilang dari stor ekshibit itu melibatkan barangan yang telah selesai kes dan mahu dilupuskan.

Iklan

"Motif kejadian pecah masuk stor ekshibit itu masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Hussein (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis bantuan semasa majlis perbarisan ulang tahun ketujuh polis bantuan SDPB di padang kawad UPM, Serdang pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis perbarisan ulang tahun ketujuh polis bantuan Sime Darby Property Berhad (SDPB) di padang kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan SDPB, Datuk Azmir Merican; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikaladevi; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat UPM, Profesor Dr Hang Tuah Baharudin serta Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Mohd Razali Abd Aziz.

Sementara itu, mengulas ajaran sesat SiHulk di Selangor, Hussein berkata, sebanyak 32 laporan polis dibuat pada tahun lalu di negeri ini.

Namun menurutnya, tahun ini sebanyak 17 laporan polis telah dibuat oleh orang ramai.

Tambah beliau, polis mengambil berat berhubung perkara tersebut dan proses mengenal pasti ahli kumpulan sesat itu yang berada di Selangor sedang dijalankan.

"Kita sedang mengenal pasti dan berusaha menangkap mereka yang terlibat sekiranya berada di Selangor.

"Namun ada ahli kumpulan ajaran sesat itu telah menghilangkan diri dari Selangor kerana takut ditangkap," katanya.