PRN: Polis Negeri Sembilan terima 83 laporan, satu kes vandalisme

Iklan
Ahmad Dzaffir

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan mengesahkan telah menerima 83 laporan berkaitan pilihan raya negeri (PRN) sepanjang tiga hari tempoh berkempen sejak 29 Julai lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, daripada jumlah itu hanya satu kes yang melibatkan vandalisme iaitu merosakkan poster yang berlaku di daerah Jempol.

Iklan
Iklan

"Kes tersebut masih dalam siasatan dan yang lain-lain melibatkan pemantauan, isu ceramah atau kempen tanpa permit.

"Setakat ini tiada laporan melibatkan isu 3R (agama, kaum dan raja) dan semua ceramah yang dipantau berjalan dengan baik, tiada isu ganggu ketenteraman orang awam dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) negeri pada Selasa.

Iklan

Justeru Ahmad Dzaffir mengingatkan semua pihak yang berkempen untuk tidak memainkan isu sensitif yang mengaitkan sentimen perkauman, kaum dan agama.

"Sekiranya tiada mana-mana pihak yang tampil membuat laporan, polis sendiri akan buat laporan dan lakukan siasatan kerana isu 3R amat sensitif. Banyak kali dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara agar sentimen itu tidak dimainkan di mana-mana kempen pilihan raya.

Iklan

"Kita juga turut memantau semua platform ceramah termasuk secara fizikal dan media sosial,” jelasnya.

Sementara itu mengenai aktiviti ceramah sepanjang tempoh berkempen, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan waktu yang ditetapkan.

"Ceramah perlu berhenti pada pukul 12 tengah malam, namun sekiranya ceramah dah berhenti (sebelum 12 tengah malam) dan orang sudah mula beredar, tiada isu. Tetapi pukul 12 malam kena hentikan ceramah,” tegasnya.