Laksana cukai tidak membebankan rakyat dalam Belanjawan 2024

Iklan
Anwar beramah mesra dengan peserta Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 pada perasmian persidangan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Seasa.

KUALA LUMPUR - Prinsip asas dasar percukaian negara perlu berlandaskan cukai yang benar-benar perlu tanpa membebankan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perincian lanjut mengenai perkara itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2024 akan datang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perubahan yang diambil, termasuk dalam bajet akan datang (Belanjawan 2024 yang dijadualkan dibentangkan pada 13 Oktober), akan dirumus dengan jelas berdasarkan prinsip 'cukai apabila perlu, dan tidak boleh dilihat sebagai beban. untuk orang ramai dan komuniti perniagaan'," katanya.

"Sebarang pembaharuan dalam percukaian negara harus dilihat mesra kepada masyarakat awam dan komuniti perniagaan.

Iklan

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi dan Presiden Institut Cukai Bertauliah Malaysia, Chow Chee Yen.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.

Iklan

Beliau dalam pada itu turut mengesahkan prestasi LHDN sepanjang lapan bulan beliau menerajui negara adalah pada tahap terbaik.

"Harus ada pendekatan yang lebih muhibah di kalangan syarikat yang harus membayar cukai dan LHDN,saya faham bahawa selalunya LHDN ini satu badan tidak popular sangat. Kutip cukai macam mana nak jadi popular

"Sebab itu saya tidak mahu kutip cukai, saya suruh LHDN dan kastam kutip cukai,” selorohnya.

Tambahnya, memang ada peningkatan yang membanggakan kerana tahap kecekapan dan kesediaan LHDN untuk mencari jalan baru.

"Ekonomi Madani adalah tentang keperluan melakukan anjakan, untuk memperbaiki prestasi kita.

"Justeru sidang-sIdang seperti ini, kaedah percukaian yang lebih canggih, telus yang terikat dengan tata kelola yang baik dan mengelak sebarang salah laku dan ketirisan perlu dilaksanakan,” tegasnya