Misbun luah rasa terkilan terhadap Norza

Iklan
Misbun (kiri), Mohamad Norza - Foto: Bernama

LEGENDA badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang dipecat sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkecil hati dengan Presiden badan induk itu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

"Saya rasa terkilan dengan apa yang dilakukan oleh Tan Sri Norza.

Iklan
Iklan

"Selepas dipecat, saya telefon Tan Sri Norza dan tanya mengenai hal ini. Dia beritahu ya... saya ucap terima kasih.

"Dia kemudian wish good luck (selamat maju jaya),” katanya pada sidang akhbar khas di Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

Misbun turut menyifatkan tindakan BAM menamatkan kontraknya lebih awal berbanding tarikh sepatutnya pada Disember depan sebagai tidak profesional.

Malah jurulatih berusia 63 tahun itu mendedahkan bahawa individu nombor satu BAM itu yang pernah merayu kepadanya sebelum ini untuk kembali ke pangkuan BAM.

Iklan

"Dulu apabila masa dia (Norza) nak, saya dijemput. Dia pujuk beberapa kali untuk saya bantu BAM.

"Saya sendiri ke rumah dia untuk tandatangan kontrak.

"Tapi bila benda jadi macam ini bukan dia sendiri beritahu saya. Saya dimaklumkan oleh Datuk Subramanian (Timbalan Presiden BAM),” katanya.

Misbun tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan dengan apa yang berlaku kerana beliau ikhlas untuk membantu BAM dan badminton negara.

"Dalam situasi ini boleh bincang dan saya boleh terima jika Tan Sri (Norza) yang umumkan.

"Tetapi dengan cara macam ini, memang terkilan dan kecewa,” katanya.

Misbun bagaimanapun memberitahu bahawa beliau tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan namun hanya mahu menjelaskan situasi sebenar.