11 maut, 27 hilang akibat hujan ribut di Beijing

Iklan
Beijing mencatatkan purata hujan 257.9 milimeter, dengan purata di kawasan bandar direkodkan sebanyak 235.1 milimeter. - Foto Reuters.

BEIJING - Seramai 11 orang maut dan 27 lagi masih hilang dalam kejadian hujan ribut di Beijing, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Mangsa yang maut, termasuk empat di Mentougou dan dua di Fangshan, daerah yang paling terjejas teruk.

Iklan
Iklan

Empat lagi kematian dilaporkan di Daerah Changping dan satu di Daerah Haidian, menurut ibu pejabat kawalan banjir dan kemarau di bandar itu, lapor Xinhua.

Seramai 27 mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk 13 di Mentougou, 10 di Changping dan empat di Fangshan.

Iklan

Taufan Doksuri telah mencetuskan hujan lebat berterusan di bandar itu sejak 29 Julai lalu, dengan hujan ribut paling teruk melanda di bahagian barat, barat daya dan selatan.

Setakat 6 pagi Selasa, Beijing mencatatkan purata hujan 257.9 milimeter, dengan purata di kawasan bandar direkodkan sebanyak 235.1 milimeter.

Iklan

Di Mentougou dan Fangshan, jumlah curahan hujan masing-masing mencecah 470.2 milimeter dan 414.6 milimeter.

Setakat ini, kira-kira 127,000 penduduk di seluruh bandar itu telah dipindahkan. - Bernama.