PRN: Peluang kemenangan BN-PH masih terbuka

Iklan
Ismail Sabri bermesra dengan salah seorang ahli KRT Seberang Jerteh pada Selasa.

BESUT - Peluang calon gabungan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi pilihan raya negeri (PRN) termasuk di Terengganu masih terbuka.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemenangan tersebut boleh dicapai sekiranya semua jentera parti bekerja keras.

Iklan
Iklan

"Setiap parti mempunyai kepercayaan yang mereka boleh menang. Tetapi peluang sebenarnya sama sahaja kerana yang penting bagaimana usaha untuk capai kemenangan.

"Jadi peluang kemenangan (untuk BN-PH) masih terbuka dan saya kira tiada siapa boleh kata mampu sapu bersih kerusi dan menang kerana masa kempen masih lagi ada (panjang) dan apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seberang Jerteh di sini pada Selasa.

Turut hadir, bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, jentera parti turut diingatkan agar berkempen secara berhemah dengan tidak menyentuh isu sensitif.

Jelasnya, semua pihak perlu berpegang kepada sikap berhemah termasuklah ketika berkempen bagi menjamin keharmonian.

"Jangan kita timbulkan isu yang boleh menjejaskan hubungan semata-mata untuk tempoh dua minggu ini kerana selepas ini kita akan kembali hidup seperti biasa.

"(Jadi) Ingat, jangan kita berpecah dan ekstrem dalam kempen," katanya.