Umar perbaharui rekod kebangsaan 400m miliknya

Iklan
Umar, Catatan masa Umar

PELARI sensasi, Umar Osman melakar impak positif dalam Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China apabila memahat rekod baharu 400 meter (m) kebangsaan pada Selasa.

Atlet yang bakal mencecah usia 20 tahun pada 11 Ogos ini merekod masa 46.33 saat (s), 0.01s lebih pantas berbanding catatannya ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh Mei lalu.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu membolehkan Umar menamatkan pusingan saringan pertama di tempat kedua di belakang pelari Australia, Holder Reece Nathaniel yang mencatat masa 46.10s.

Kejayaan tersebut membakar semangat atlet kelahiran Johor itu untuk melakukan catatan masa yang lebih baik dalam saingan separuh akhir dan seterusnya mara ke final.

Iklan

"Sasaran separuh akhir esok (Rabu) saya cuba kekalkan catatan masa sama.

"Saya juga akan cuba tingkatkan lagi kepantasan untuk pecahkan rekod kebangsaan dan layakkan diri ke final,” ujar Umar.

Iklan

Umar dan Shereen Samson Vallabouy merupakan dua atlet trek negara yang menyumbang pingat emas dalam acara olahraga pada Sukan SEA Kemboja Mei lepas.

Tiga lagi emas pada temasya dwitahunan tersebut hasil sumbangan atlet daripada acara padang.

Pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand bulan lalu, Umar kurang menyerlah apabila gagal mara ke final selepas menamatkan aksi separuh akhir 1 di tempat keempat dengan catatan 46.42s.