Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri di Pakistan

Iklan
Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan bunuh diri ketika perhimpunan politik di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan.- Foto Xinhua

ISLAMABAD - Kumpulan Daesh pada Isnin mengaku bertanggungjawab atas serangan bunuh diri ketika perhimpunan politik di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan, yang mengorbankan 54 mangsa manakala lebih 100 lagi cedera pada Ahad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan pengganas itu, pengebom Daesh melakukan serangan di konvensyen pekerja politik Jamiat Ulama-e-Islam-Fazl (JUI-F) di kawasan Khar daerah Bajaur.

Iklan
Iklan

Inspektor Jeneral Tambahan, Shaukat Abbas memberitahu media pada Isnin bahawa sekurang-kurangnya 54 orang maut dalam serangan itu setakat ini.

"Sekurang-kurangnya 12 daripada mngsa yang terbunuh berumur di bawah 12 tahun. Pegawai perubatan bimbang angka kematian akan terus meningkat," kata pegawai itu sambil menambah lebih 80 mangsa yang cedera sedang menjalani rawatan.

Iklan

Presiden Pakistan Arif Alvi dan Perdana Menteri Shahbaz Sharif mengutuk serangan itu, melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kehilangan nyawa, dan mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa. - Bernama

Iklan