Nenek maut, 2 cucu cedera Triton langgar tiang lampu, papan tanda

Iklan
Seorang warga emas maut manakala dua cucunya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan melanggar lampu jalan serta papan tanda di Jalan Johor Bahru -Mersing, Kota Tinggi pada tengah malam Isnin - Foto: Ihsan IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Seorang wanita warga emas maut manakala dua cucunya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas dan melanggar tiang lampu serta papan tanda di Kilometer 36.5 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini pada tengah malam Isnin.

Kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu mengorbankan Chong Yat Oi yang berusia 90 tahun manakala pemandu, Fong Chee Yong, 32, dan penumpang hadapan, Chin Cheng Fai, 34, cedera.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke Johor Bahru.

Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan 'rescue tools'. - Foto: Ihsan IPD Kota Tinggi


"Kemalangan itu mengakibatkan warga emas berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, dua cucunya pula cedera dan kini mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dan menyebabkan kematian.

Iklan

Jelas beliau, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua hingga 10 tahun, denda RM5,000 hingga RM20,000.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd

Yusof berkata, sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan itu mengakibatkan kenderaan terbabit terbalik di tepi jalan raya. Terdapat tiga mangsa dan seorang tersepit. Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan 'rescue tools'.

"Namun mangsa iaitu warga emas terbabit telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 12.43 malam," katanya.