KUALA LUMPUR - Pemberian kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
Kementerian Kewangan memaklumkan bantuan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan pihak kementerian dan pihak berkepentingan.