Kapal karam di Selat Melaka, 11 kru berjaya diselamatkan

Iklan
Kapal yang membawa hasil pertanian itu dalam perjalanan ke Malaysia dari Tanjung Balai Asahan dan dipercayai karam di ‘One Fathom Bank’ di Selat Melaka.

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia berjaya mengesan kesemua 11 anak kapal selepas kapal KM Lintang Timur Samudera dilaporkan mengalami masalah sebelum hilang di perairan Selat Melaka.

Ketua agensi penyelamat Pekanbaru, Budi Cahyadi berkata, kesemua anak kapal telah diselamatkan oleh nelayan tempatan.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, beliau berkata nelayan itu membawa anak kapal ke Pulau Panipahan, daerah Rokan Hilir di Wilayah Riau kira-kira jam 5 pagi Selasa.

Siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi menentukan punca kapal itu karam ketika mereka tiba di Pekanbaru lewat hari ini, katanya.

Iklan

Kapal yang membawa hasil pertanian itu dalam perjalanan ke Malaysia dari Tanjung Balai Asahan dan dipercayai karam di ‘One Fathom Bank’ di Selat Melaka, selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar pada pagi Isnin.

Agensi itu segera menghantar dua kapal dari Pekanbaru dan Medan ke lokasi terbabit selepas menerima laporan kejadian. - Bernama

Iklan