PASIR MAS - Dua orang pelajar daripada keluarga asnaf yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu tidak dapat menahan sebak apabila dijemput pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang, Pahang untuk menyambung pengajian.
Menariknya kedua-dua pelajar itu, Muhammad Amirul Amin dan Aqmar Hadirah Nor Azman dijemput oleh Dekan Pusat Asasi UIAM, Hasanul Basri Abdullah.
"Besar harapan kita agar usaha ini menjadi pembakar semangat buat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Pada masa sama ia turut selari dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawa oleh UIAM," katanya.
Muhamad Amirul memperoleh 9A dalam SPM ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam Asasi Perubatan.
Manakala Aqmar Hadirah memperoleh 7A dalam SPM ditawarkan mengikuti pengajian Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer.