ANKARA - Pihak berkuasa Iran pada Selasa mengumumkan cuti umum dua hari berikutan gelombang haba melampau di negara itu.
"Untuk melindungi kesihatan rakyat akibat cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Majlis Menteri menerima cadangan Kementerian Kesihatan supaya memberi cuti pada Rabu dan Khamis di seluruh negara," lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap kerajaan Iran, Ali Bahadori Jahromi di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.