Angkasa, Samsung bekerjasama perkukuh ekosistem koperasi

Iklan
Abdul Fattah (depan, kiri) bersama Presiden Samsung Malaysia Electronics, Denny Kim (kanan) ketika majlis menandatangani MoU antara Angkasa dan Samsung Malaysia Electronics di Wisma Ungku A. Aziz, pada Selasa.

SHAH ALAM - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Samsung Malaysia Electronics meterai kerjasama bagi memperkukuh ekosistem perniagaan koperasi khususnya dalam sektor inovasi dan teknologi.

Menurut Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, kerjasama itu bagi membuka ruang untuk mempelbagaikan penawaran produk kepada pengguna dan anggotanya.

Iklan
Iklan

"Kerjasama ini merupakan tanda kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pemain industri kepada Angkasa serta gerakan koperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, koperasi boleh mendapatkan bekalan produk melalui sistem dalam talian iaitu JimatBiz dengan harga lebih rendah daripada pasaran pada fasa pertama.

Iklan

Katanya, pada fasa kedua dan seterusnya, pengguna boleh mendapatkan peranti melalui anak syarikat Angkasa, MyAngkasa Holdings Sdn Bhd.

"Pengguna juga mempunyai kemudahan membeli produk Samsung secara dalam talian dan pilihan membayar secara ansuran melalui kemudahan potongan gaji.

Iklan

"Ciri tambahan ini adalah selaras dengan matlamat Angkasa untuk memperkasakan koperasi dan anggotanya bagi menyediakan akses kepada peranti berkualiti tinggi yang dapat meningkatkan produktiviti serta daya saing mereka,” ujarnya lagi.

Ujar beliau, menerusi kolaborasi itu, Angkasa berharap dapat mencipta pengalaman pembelian yang lebih mesra pengguna, menawarkan harga berpatutan serta memberi peluang kepada koperasi untuk terus berkembang dan berdaya saing dalam pasaran.