Inisiatif Sukan Rahmah tawar harga diskaun peralatan sukan

Iklan
Hannah (dua dari kanan) bersama Pengurus Besar Aeon Big Sheikh Farouk Sheikh Mohamed (tiga dari kanan) melihat peralatan sukan yang dijual selepas Perasmian Peralatan dan Pakaian Sukan 'Inisiatif Sukan Rahmah' di Aeon Big Klang hari ini. - Foto Bernama

KLANG - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini melancarkan Inisiatif Sukan Rahmah, iaitu program kesinambungan daripada inisiatif Payung Rahmah bagi membantu rakyat kurang berkemampuan untuk membeli peralatan sukan dengan harga diskaun, sekali gus menyokong aktiviti sukan dalam negara.

Beliau berkata, inisiatif yang pertama kali dilancarkan Pasar Raya AEON Big di seluruh negara itu, menyediakan lebih 100 jenis peralatan dan pakaian sukan, dengan pembeli boleh menikmati diskaun antara 10 hingga 30 peratus, selama 10 minggu bermula hari ini hingga 14 Oktober 2023.

Iklan
Iklan

"Inisiatif Sukan Rahmah adalah untuk meneruskan legasi dan usaha Allahyarham (Datuk Seri Salahuddin Ayub) yang berusaha memastikan tiada rakyat Malaysia yang tercicir, akibat isu kos sara hidup. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), supaya usaha ‘Rahmah’ ini diteruskan.

"Kali ini kita nak kanak-kanak dan golongan B40 yang mahu bersukan, tetapi mungkin ada kekangan kewangan mendapatkan peralatan, mampu untuk beli dan sama-sama bersukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif itu di Pasar Raya AEON BiG Klang, yang dihadiri Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.

Iklan

Mengulas sama ada program berkenaan akan diperluas ke jenama pasar raya yang lain, Hannah percaya KPDN akan sentiasa berhubung dengan lebih ramai vendor, dan jenama Rahmah ini terbuka kepada siapa sahaja yang menyahut seruan kerajaan.

Hannah pada 24 Julai dilaporkan berkata bahawa inisiatif Rahmah yang dicetuskan oleh Allahyarham Salahuddin akan diperluaskan dalam industri sukan. - Bernama

Iklan