Tidak wujud suasana tidak harmoni dalam BN - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid ketika berucap pada program Sembang Santai bersama Calon BN Bagan Pinang dan Linggi di Port Dickson.

PORT DICKSON - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud suasana tidak harmoni dalam kalangan parti komponen terutamanya melibatkan MIC.

Malah beliau yang juga Presiden UMNO yakin perjumpaan antara kepimpinan MIC dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan perkara biasa dan langkah terbaik dalam memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Ini bukan pertama kali Perdana Menteri bertemu dengan Presiden, Timbalan Presiden MIC tetapi mungkin mereka mahu bertemu dengannya dan beliau cukup menyantuni pertemuan itu," katanya pada sidang akhbar selepas program Sembang Santai bersama Calon BN Bagan Pinang dan Linggi pada Selasa.

Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar selepas program Sembang Santai bersama Calon BN Bagan Pinang dan Linggi di Port Dickson pada Selasa.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan akan mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan MIC bagi membincangkan salah faham yang berlaku susulan dakwaan 'layanan buruk' UMNO terhadap MIC.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkenaan dan menjelaskan, setiap mesyuarat 'war room' pilihan raya negeri (PRN) turut melibatkan wakil MIC dan MCA.

"Tidak timbul langsung (dakwaan), kami mengadakan mesyuarat 'war room' dan wakil MCA, MIC menyatakan bahawa mereka telah mengarahkan untuk gerakkan seluruh jentera di keenam-enam negeri (PRN).

Iklan

"Jentera MCA dan MIC juga akan membantu calon kita di kesemua enam negeri tersebut," katanya.