Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 petang menyebabkan mangsa berusia 15 tahun terkorban di tempat kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa dijumpai atas katil dalam sebuah bilik ketika operasi dilakukan.
"Panggilan kejadian itu diterima pada jam 4.11 petang dan sebaik tiba, kita dapati api marak memusnahkan rumah hampir 80 peratus.
"Apabila api berjaya dikawal, kita menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung di dalam bilik," katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.
Menurutnya, maklumat awal mengatakan, ketika kejadian mangsa tinggal sendirian sementara ahli keluarga lain tiada di rumah.
"Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan mengaplikasikan konsep RECEO (rescue, exposure, confinement, extinguishment dan overhaul) menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel dan satu aliran salur bantu mula dari tangki jentera.
"Operasi dilakukan sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya. Operasi tamat pada jam 5.52 petang," katanya.