Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Iklan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas di Comex Amerika Syarikat (AS) pada Isnin. - Foto hiasan 123RF

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas di Comex Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2023 meningkat kepada AS$1,964.60 setiap auns troy daripada AS$1,962.0 setiap auns troy pada Isnin, September 2023 menokok kepada AS$1,982.30 setiap auns troy daripada AS$1,972.90, manakala Oktober 2023 menambah AS$1,982.30 setiap auns troy daripada AS$1,972.90 (AS$1=RM4.50).

Iklan
Iklan

Kontrak November 2023, Disember 2023 dan Februari 2024 semuanya berada pada AS$1,982.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menyusut kepada 18 lot daripada 50 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 68 kontrak daripada 137 kontrak.

Iklan

Harga emas fizikal berada pada AS$1,970.65 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 31 Julai. - Bernama

Iklan