PRN: Lagi ahli UMNO bakal ikut jejak Annuar

Iklan
Annuar Musa

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan ada ahli, pemimpin dan bekas pemimpin parti itu yang bakal mengikut jejak langkah beliau sedikit masa lagi.

Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) berkata, perkara yang lebih terperinci akan diisytiharkan secara terbuka pada Jumaat ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berasa amat terharu ketika pertemuan dengan banyak ketua cawangan UMNO secara peribadi dan menyatakan hasrat untuk keluar daripada parti itu.

"Mereka yang berjumpa saya secara peribadi ini terdiri daripada tiga kelompok. Kumpulan yang pertama inilah apabila saya keluar, mereka pun nak keluar.

Iklan

"Insya-ALLAH hari Jumaat ini akan diumumkan pimpinan bahagian dan lain-lain termasuk cawangan yang akan dibubarkan, mereka nak ikut saya secara terus dan terbuka. Tunggu Tok guru Haji Hadi (Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang) datang, kita akan isytiharkan secara terbuka,” ketika dalam ucapan pada Ceramah Perdana Isu-isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas di sini pada Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Iklan

Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, amat berterima kasih kepada ahli-ahli UMNO yang mahu bersama-sama beliau dalam perjuangan yang kini dengan Pas dan tidak berkecil hati bagi yang masih kekal dengan parti itu.

Menurut beliau, akan ada majlis ringkas yang akan dihadiri Abdul Hadi semasa pengumuman UMNO keluar parti itu nanti.

"Mereka ini dari UMNO nak ikut saya, yang tak nak ikut atau yang masih sayang nak tinggalkan jawatan, itu tidak mengapa dan saya tidak berkecil hati.

"Kena hadir pada 4 Ogos ini di kediaman saya. Nanti akan ada Exco pemuda, bekas duta, bekas datuk bandar dan duta-duta keluar UMNO,” ujarnya.

Kata Annuar, tindakan keluar parti itu bakal memberi kesan positif kepada Pas sekali gus PN menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Menurut beliau, UMNO kini berdepan krisis yang tenat kerana kehilangan wibawa apabila rakyat semakin bijak membuat pilihan untuk bersama parti yang kukuh selain gelombang kebangkitan rakyat akan lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

"Kesannya, rakyat Kelantan akan teguh bersama PN. Situasi itu, saya boleh rasa sekarang ini dan bukan perkara yang sedap bercakap sahaja.

"Boleh tanya sesiapa sahaja bahawa UMNO ini menghadapi satu krisis yang sangat tenat kerana mereka sendiri menghilangkan wibawa mereka dan rakyat bijak mengelak. Jadi, gelombang yang berlaku dalam PRN ini akan berkali ganda daripada PRU15 lalu,” katanya.