Kutipan tabung bantuan Sufi Syafrina cecah RM20,000

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 25 Julai lalu. (Gambar kecil: Nik Justin)

SHAH ALAM - Kutipan tabung bantuan bayi berusia enam bulan, Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang menghidap penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 1 telah mencecah RM20,000 setakat 31 Julai lalu.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, ia adalah hasil sumbangan daripada pembaca Sinar Harian sejak dilancarkan pada 25 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Walaupun kurang daripada seminggu, jumlah kutipan tinggi yang diperoleh menunjukkan keprihatinan pembaca.

"Saya menjangkakan kutipan ini mampu melebihi RM30,000 dalam minggu pertama,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Pada 25 Julai lalu, Sinar Harian melancarkan tabung bagi mengumpul dana untuk membantu bayi berusia enam bulan, Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang menghidap penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 1 dan memerlukan suntikan jenis Zolgensma untuk pulih.

Bayi itu didiagnosis menghidap penyakit genetik jarang berlaku dan memerlukan dana sebanyak RM9 juta bagi menampung kos perubatan.

Iklan

Nik Justin berkata, sumbangan daripada badan korporat dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi membantu Sufi Syafrina mendapatkan rawatan.

Tambahnya, selain melancarkan tabung, pihak Sinar Karangkraf turut melakukan kempen kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit jarang dijumpai dan juga mengemas kini keadaan semasa kesihatan bayi tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf: 564276-529068 - Tabung Bantuan Sufi Syafrina.