PEDU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 telah membawa seorang lelaki warga Indonesia ke negeri itu bagi memohon kawasan lombong unsur nadir bumi (REE).
Menurutnya, usahawan tersebut didakwa telah membuat permohonan tanah sebelum kerajaan negeri dibubarkan.
"Ini berita besar, Perdana Menteri membawa seorang pengusaha besar dari Indonesia mahu memohon tapak untuk melombong REE di Kedah," katanya semasa berucap pada program Ceramah Perdana Gelombang Perikatan Nasional DUN Pedu pada malam Selasa.
Sanusi mendakwa, beberapa minggu sebelum PRU15, ada seseorang telah menghubunginya memaklumkan usahawan itu mahu memberikan beratus-ratus lembu korban kepadanya tetapi beliau menolak kerana sudah hampir pilihan raya.
"Saya tak mahu sebab dah nak pilihan raya, takut lembu itu jadi rasuah.
"Saya tidak ambil lembu korban itu, kamu pergi beri di mana-mana sebab kaya sangat. Patutlah Pudin (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) ini pulun sangat (serang saya)... tahu dah," ujar beliau.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, kekayaan mineral yang terdapat di Kedah menarik perhatian banyak pihak, namun tidak menjadi masalah buat kerajaan negeri jika perkara tersebut diuruskan berdasarkan undang-undang.
"Buat kerja ikut undang-undang, biar betul-betul. Janganlah sampai rosak mineral kita... hilang duit kita. Siapa pun atas dunia ini yang ada kemahiran ada kepakaran nak mohon kawasan REE silakan, kita luluskan dengan syarat hasil itu dipulangkan kepada rakyat Kedah," katanya.
Tambah beliau, pelbagai skandal yang dilemparkan kepadanya adalah bertujuan untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
"Jalan ceritanya supaya orang benci Sanusi, benci PN dan ingin tunjuk kelemahan tadbir urus dan tata kelola. Yang tak faham tata kelola ini Pudin (Saifuddin)," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: 52 lelaki ditahan teroka REE secara haram
REE: Kedah tegaskan tiada aktiviti perlombongan
Amanah Kedah dakwa aktiviti korek REE masih berlaku
Kecurian REE: Kerajaan Kedah diminta perjelas dakwaan - Mahdzir
REE: PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat Sanusi
REE: Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun
Saifuddin 'tunggu' saman Sanusi
Saifuddin minta Sanusi dedah identiti lelaki China ditahan berkaitan REE
REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi
Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Sik
'Sanusi dah hantar surat saman, kita lawan di mahkamah' - Saifuddin
Isu REE: SPRM disaran tanya Takiyuddin - Mahadzir
Sanusi belum dipanggil SPRM, 10 Exco Kedah turut diambil keterangan
Saifuddin akan teruskan siri pendedahan isu REE
REE: Saifuddin dedah gambar Sanusi bersama warga China, dokumen MBI
REE: Sanusi nafi bawa masuk So Loi Fat