PRN: BN sasar menang 16 kerusi di Kelantan

Iklan
Md Alwi ketika bercakap pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya di 16 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) di sini pada 12 Ogos nanti.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pihaknya akan mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh parti itu sebelum ini dan merampas lapan lagi DUN milik Pas.

Iklan
Iklan

"Kami bertekad untuk mengekalkan lapan kerusi yang kami miliki dan akan menambah lapan lagi kerusi yang disandang oleh Pas.

"Setakat ini, kami yakin 16 kerusi termasuk di DUN Melor dan Jelawat akan menjadi milik BN,” katanya pada sidang akhbar PRN BN-Pakatan Harapan (PH) di Pejabat UMNO Kelantan di sini pada Rabu.

Iklan

Md Alwi berkata, pihaknya turut berharapkan minimum tujuh kerusi dimenangi oleh PH.

"Selain 16 kerusi daripada BN, kami PH menang di tujuh daripada 14 kerusi yang dipertandingkan.

Iklan

"Kemenangan tujuh kerusi dari gabungan PH ini akan membantu kita mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan," ujar beliau.

Sebelum ini, pembahagian kerusi bagi PRN Kelantan diputuskan sebanyak 31 kerusi ditandingi calon BN, manakala 14 kerusi oleh calon PH.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!