Lebih 25,000 maut akibat keganasan senjata api di AS tahun ini

Iklan
Gambar hiasan

WASHINGTON - Lebih 25,000 orang maut di seluruh Amerika Syarikat (AS) akibat keganasan berkaitan senjata api tahun ini, menurut data pemantau pada Selasa.

Arkib Keganasan Senjata mengira 25,193 orang ditembak mati sehingga 1 Ogos, menurut Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Jumlah itu termasuk 11,135 orang yang maut akibat pembunuhan berkaitan senjata api, pembunuhan, tembakan tidak disengajakan dan penggunaan senjata api sebagai pertahanan diri.

Kira-kira 14,058 orang meninggal dunia akibat bunuh diri berkaitan senjata api.

Iklan

Sebanyak 421 kejadian tembakan beramai-ramai direkodkan setakat ini ketika arkib mencatatkan 86 kes pembunuhan beramai-ramai pada Julai, tertinggi untuk tahun ini.

Secara keseluruhan, 22,175 orang cedera akibat keganasan berkaitan senjata api pada 2023, menurut arkib.

Iklan

Lebih 580 kanak-kanak telah ditembak setakat tahun ini selain 3,325 remaja. - Bernama