Agrobank tawar peruntukan RM25 juta biaya usahawan PKNS

Iklan
Tengku Ahmad Badli Shah (dua dari kiri) dan Mahmud (tengah) pada majlis MoU pada Rabu. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menandatangai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agrobank bagi tawaran pembiayaan kepada usahawan di bawah BizClub PKNS.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, Agrobank menyediakan sejumlah RM25 juta peruntukan bagi pembiayaan tersebut yang bakal memanfaatkan 8,000 usahawan di bawah naungan PKNS.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap syarikat yang menjalankan produk makanan dan pertanian berpeluang mendapat pembiayaan sehingga RM500,000 melalui usahasama itu.

"MoU ini merupakan usaha PKNS dalam membantu golongan usahawan di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Usahawan untuk mendapatkan modal tambahan dalam usaha meningkatkan produktiviti serta pengeluaran produk mereka.

Iklan

"Pembiayaan tersebut juga diharap mengembangkan perniagaan usahawan dan membuka peluang untuk mengeksport produk mereka ke luar negara seperti Indonesia dan Hong Kong," katanya selepas program menandatangai MoU tersebut pada Rabu.

MoU itu ditandatangani oleh Mahmud mewakili PKNS dan Presiden Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin di ibu pejabat PKNS.

Iklan

Kerjasama itu menawarkan pelbagai program pembiayaan antaranya Pemulih Micro Credit, Pemulih Newbiz, Micro Relief yang tawaran itu terbuka kepada usahawan dan bakal usahawan mikro yang berkelayakan.

Beliau berkata, usahawan yang berminat boleh membuat permohonan pembiayaan itu yang mula dibuka hari ini.

"Sekitar 50 usahawan akan menerima manfaat tersebut jika pembiayaan maksimum adalah RM500,000.

"Bagaimanapun pinjaman sesuatu syarikat adalah tidak sama. Lebih banyak usahawan akan dapat dibantu jika pembiayaan yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada itu," katanya.

Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, Agrobank menyediakan pembiayaan sejumlah RM25 juta bagi tempoh dua tahun dengan sasaran sehingga RM12.5 juta disalurkan bagi tahun pertama.

"Kita akan tengok pada tahun depan, sekiranya ada permintaan dan keperluan, kita akan tambah lagi dana kepada usahawan-usahawan di Selangor khususnya yang berdaftar di bawah PKNS.

"Kita ada banyak skim di dalam Agrobank yang disediakan kepada usahawan mengikut keperluan mereka," katanya.