Tukang jahit Helmaliza Md Isa, 41, ditemani anaknya, Nur Zahra Zulkifli, 9, ketika menjahit kostum Hari Kebangsaan ketika ditemui di premisnya di Klebang Restu, baru-baru ini.
Bergelar tukang jahit, dirinya mungkin bukan pahlawan atau sosok yang berjuang untuk kemerdekaan negara sejak 66 tahun lalu, namun menyumbang sesuatu bagi menyemarakkan semangat kebangsaan dalam jiwa kanak-kanak melalui baju jahitannya adalah cara dirinya menzahirkan rasa cinta pada negara.
Helmaliza berkata dia berasa sangat bangga apabila pakaian bermotif kemerdekaan hasil tangannya terlekat di tubuh kanak-kanak sambil mengibar Jalur Gemilang.
Beliau berkata setiap kali pelanggan memberikan testimoni, berbentuk gambar atau video, lengkap memakai pakaian hasil jahitannya lengkap dengan aksesori penuh kemelayuan dan patriotik, perasaannya sungguh berbunga, inilah sumbangannya terhadap negara bagi menyemarakkan bulan kebangsaan.
Penglibatannya dalam menjahit baju bermotif hari kebangsaan bermula tahun lalu, apabila ramai pelanggan yang datang kepadanya mahu menempah baju tersebut untuk aktiviti bulan kebangsaan di sekolah.
Menurutnya sepasang baju kanak-kanak perempuan dijual pada harga RM69 manakala aksesori seperti sanggul lintang dan gandik dijual antara RM15 hingga RM35 selain baju pahlawan untuk kanak-kanak lelaki dijual pada harga RM79 dan RM25 bagi tanjak.