Vietnam rekod hampir 100 gempa bumi pada Julai

Iklan
Gambar hiasan

HANOI - Vietnam mengalami hampir 100 gempa bumi di seluruh negara pada Julai.

Data daripada Pusat Amaran Gempa Bumi dan Tsunami di bawah Institut Geofizik menunjukkan 93 gempa bumi berukuran antara 2.5 hingga 4.2 pada skala Richter.

Iklan
Iklan

Majoriti gegaran atau kira-kira 90 kes dilaporkan berlaku di daerah Kon Plong, yang terletak di wilayah Tanah Tinggi Tengah Kon Tum.

"Selain itu, terdapat juga gempa bumi dicatatkan di daerah Quynh Nhai di wilayah utara Son La, daerah Nam Tra My di tengah wilayah Quang Nam dan daerah Ba To di wilayah selatan-tengah Quang Ngai,” lapor Agensi Berita Vietnam.

Iklan

Pakar telah menilai gempa bumi itu berskala kecil dan tidak menimbulkan sebarang risiko segera bencana alam.

Bagaimanapun, mereka telah menasihatkan agar tidak berlaku kecuaian dan menggesa orang ramai untuk terus berwaspada.

Iklan

Daerah Kon Plong khususnya telah menyaksikan intensiti dan kekerapan gempa bumi yang lebih tinggi sejak awal tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sejak Januari, daerah itu mengalami lebih 200 gempa bumi berskala kecil antara 2.5 hingga 4.2 magnitud yang dikaitkan dengan operasi loji hidroelektrik di kawasan itu.

Untuk menangani situasi itu, Institut Geofizik telah mengambil langkah proaktif, menghantar kakitangan ke daerah Kon Plong sejak Jun 2021 untuk mewujudkan stesen pemantauan gempa bumi tambahan untuk segera mengeluarkan amaran tentang fenomena geologi berbahaya. - Bernama