Majlis Memperingati Negarawan

Iklan
Pengunjung melihat sudut pameran ketika menghadiri Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

Majlis anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2.30 petang bertujuan untuk mendidik generasi muda mengenai sumbangan Dr Ismail dalam membangunkan negara ini.

Majlis berkenaan yang menyasarkan 15,000 pengunjung, akan membariskan tiga segmen utama iaitu wall of memories yang mempamerkan gambar, teks ucapan, busana serta koleksi peribadi Dr Ismail selain persembahan tradisional antaranya rebab, ghazal dan silat.