LABUAN - Tiga individu termasuk dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman lima hari bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM103,664 pada 2019.
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).