Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi

Iklan
Suu Kyi - Foto fail Reuters

BANGKOK - Thailand menyambut baik langkah junta Myanmar memberikan pengampunan kepada pemimpin yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi, sekali gus memberikan isyarat perkembangan positif bagi negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata, Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.

Iklan
Iklan

"Hasrat Thailand mahu melihat semua pihak di Myanmar terlibat secara inklusif dalam proses bagi mencari penyelesaian politik secara aman yang akan membantu membawa keamanan dan kestabilan yang mampan kepada Myanmar," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Isnin, media melaporkan tentera Myanmar memberikan pengampunan negara kepada Aung San Suu Kyi atas lima daripada 19 kesalahan yang telah disabitkan.

Iklan

Bagaimanapun, bekas pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan itu akan kekal di bawah tahanan rumah, menurut sumber.

Aung San Suu Kyi, 78, telah dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021 dan kemudian diletakkan di bawah tahanan rumah sejak minggu lalu.

Iklan

Bekas Presiden Win Myint turut diberikan pengampunan.

Majlis pentadbiran junta mengurangkan hukuman penjara Win Myint selama empat tahun.

Win Myint dan Suu Kyi ditahan pada hari yang sama. - Bernama