PERKESO, SEDC jalin kolaborasi bagi Program Social Synergy

Iklan

SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan inisiatif proaktif bagi memperluas dan memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial dengan memeterai Memorandum Kolaborasi (MoC) bersama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi Program Social Synergy.

Iklan
Iklan

Pemeteraian itu membawa aspirasi murni PERKESO dan SEDC dalam menangani permasalahan golongan sasar melalui perkongsian data dan Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial yang meliputi skim perlindungan PERKESO untuk usahawan Negeri Sarawak seperti Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Selain itu, intervensi pasaran buruh menerusi Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO serta pelbagai aktiviti yang berkaitan juga akan dilaksanakan di bawah pemeteraian ini.

Iklan

MoC tersebut telah ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, John Riba Marin dan Pengurus Besar SEDC, Datuk Abdul Hadi Abdul Kadir.

PERKESO dalam satu kenyataan berkata, seiring dengan peranan SEDC sebagai agensi yang menggalakkan pembangunan industri, komersial serta sosio-ekonomi Negeri Sarawak, PERKESO yakin MoC ini akan memudahkan akses untuk rakyat negeri Sarawak kepada bantuan yang diperlukan menerusi Program Social Synergy.

MoC tersebut telah ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, John Riba Marin dan Pengurus Besar SEDC, Datuk Abdul Hadi Abdul Kadir.

Iklan

"Ini dapat dilaksanakan menerusi pengumpulan data secara berpusat bagi mengelakkan keciciran dan pertindihan maklumat serta pewujudan pusat sehenti (one-stop centre) yang memberi akses kepada semua perkhidmatan perlindungan sosial.

"Kolaborasi strategik ini juga akan memperkasakan sistem perlindungan keselamatan sosial di negara ini di mana PERKESO dapat membantu SEDC memastikan golongan yang memerlukan atau pencari kerja mendapat bantuan sewajarnya, seiring dengan prinsip ‘No Wrong Door Policy’,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak 2019 hingga 2023, lebih 23,000 prospek atau kes telah berjaya disalurkan ke pelbagai agensi berkaitan melalui Portal Sistem MySynergy yang dibangunkan oleh PERKESO.

"Prospek-prospek ini seterusnya dibantu oleh agensi-agensi terbabit berdasarkan keperluan masing-masing. Sebagai sebuah platform keselamatan sosial yang sistematik, komprehensif dan holistik, yang menyediakan penyelesaian secara ‘end-to-end’, Program Social Synergy dilengkapi dengan tiga ciri perlindungan sosial iaitu bantuan sosial, insurans sosial dan intervensi pasaran kerja untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan,”katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang PERKESO di www.perkeso.gov.my atau hubungi nombor Careline PERKESO menerusi talian 1-300-22-8000 atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my