Punca paip pecah masih dalam siasatan

Iklan
Tiga paip utama pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping di Klang, Sabtu lepas.- Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor

KUALA LUMPUR - Insiden berkaitan isu tiga paip utama pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping di Klang dekat sini Sabtu lepas, masih dalam siasatan.

West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) dalam kenyataan hari ini berkata siasatan pihaknya bersama pihak perunding geoteknikal belum selesai.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun berdasarkan siasatan awal, kegagalan struktur tembok 'Reinforced Soil Wall' di jajaran WCE dipengaruhi oleh faktor-faktor perubahan sifat tanah di kawasan terlibat dan tidak berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan WCE,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Air Selangor sedia bekalan air kepada pengguna terjejas

Paip pecah: SPAN jalankan siasatan

Iklan

Menurutnya sementara itu WCE akan menyediakan lori-lori tangki air untuk membekalkan bekalan air di beberapa lokasi yang terjejas bagi menyokong pihak Air Selangor mengurangkan kesusahan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan yang terlibat.

Sebelum ini, 65 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di kawasan pembinaan lebuh raya itu pecah sejak Sabtu lepas. - Bernama