KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk mewujudkan Kursi Tun Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata, usaha serta pengiktirafan itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung Dr Ismail khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum.