MANILA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) berkata pasukan mencari dan penyelamat pada Rabu menjumpai bangkai pesawat Cessna 152 yang hilang di wilayah Apayao utara, dengan juruterbang dan penumpangnya maut.
"Operasi mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan untuk mengeluarkan mayat dua orang di dalam pesawat itu," kata jurucakap CAAP, Eric Apolonio, lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Apolonio berkata bangkai pesawat dan mayat itu dikesan di wilayah Apayao di Wilayah Pentadbiran Cordillera di Pulau Luzon.
Pesawat dua tempat duduk itu hilang beberapa jam selepas berlepas pada pagi Selasa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Laoag di wilayah Ilocos Norte di utara Filipina.
Pesawat malang itu sepatutnya mendarat di Tuguegarao City di wilayah Cagayan pada tengah hari Selasa. - Bernama/Xinhua
Artikel Berkaitan