PRN: Ahmad Razif kesal tindakan khianat papan iklan PH

Iklan
Ahmad Razif (kiri) meluangkan masa menziarahi Ahmad Zairul yang terlantar akibat kemalangan di kediamannya di Hulu Takir, Kuala Nerus pada Rabu.

KUALA NERUS - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kesal dengan pihak yang melakukan khianat terhadap sebuah papan iklan milik Pakatan Harapan (PH) di Kuala Terengganu pada Rabu.

Ahmad Razif yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Seberang Takir berkata, perbuatan berbentuk ancaman jenayah itu tidak sepatutnya lagi berlaku berlaku pada zaman ini.

Iklan
Iklan

"Saya yakin dan percaya rakyat susah tahu dan menilai bahawa sebenarnya ini (perbuatan khianat) provokasi dan tidak sihat kerana ia boleh mencetuskan konflik.

"Jadi bagi saya, sesiapa yang bercadang atau berhasrat untuk memilih kempen sebegini (berbentuk provokasi) baik hentikan segera.

Iklan

"Rakyat mahu melihat parti politik bertanding secara sihat dan demi keamanaan dan keharmonian, hentikan perbuatan berbentuk ekstrem ini," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan khianat termasuk menoreh dan simbah cat pada gambar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah papan iklan milik PH.

Iklan

Calon PH Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata, pada Rabu berkata, susulan itu pihaknya dalam tindakan untuk membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat Ahmad Zairul Hakim Ahmad Sidki, 22, di Kampung Hulu Takir di sini.

Ahmad Zairul kini terlantar akibat cedera parah selepas motosikal yang dinaikinya terbabas kira-kira seminggu lalu di Ajil, Hulu Terengganu.