Cakra Khan tunai janji buat peminat di Malaysia

Iklan
Cakra janjikan persembahan terbaik sebagai tanda penghargaan buat peminat.

KETIKA namanya semakin hangat diperkatakan susulan kemantapan persembahannya pada sesi uji bakat America's Got Talent (AGT) 2023 baru-baru ini, penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan tetap meneruskan aktiviti seninya seperti biasa.

Meskipun ruang untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa semakin luas terbuka, Cakra atau nama lengkapnya, Cakra Konta Paryaman, 31, tidak sesekali melupakan peminatnya di rantau Nusantara yang sentiasa menjadi tulang belakang kerjayanya selama ini.

Iklan
Iklan

Menghargai sokongan yang diberikan, Cakra mengotakan janji dengan kembali ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur menerusi acara Dream Festival Collaboration Vol. 4.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023, penyanyi yang memiliki karisma tersendiri itu akan menghiburkan para penggemar dengan penampilan spektakular membawakan himpunan lagu popularnya.

Iklan

Konsert itu juga bakal membawa peminat menelusuri perjalanan kerjaya nyanyian Cakra selama lebih sedekad, bermula dengan single perdana, Harus Terpisah yang pernah melonjakkan popularitinya di Indonesia dan Malaysia sejak 2012.

Tiket Dream Festival Collaboration Vol. 4 - Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178, RM198, RM318, RM508 dan RM5,880. Pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.ticket2u.com.

Iklan

Sebelum ini Cakra pada sesi uji bakat AGT2023 yang disiarkan18 Julai lalu, memukau juri program realiti popular itu menerusi persembahannya membawakan lagu, Make It Rain yang dipopularkan Ed Sheeran dan No Woman, No Cry (Bob Marley).

Kemantapan vokalnya yang memiliki karakter sendiri ketika membawakan kedua-dua lagu itu melayakkannya memperoleh empat 'Yes' daripada barisan juri termasuk Simon Cowell.