[VIDEO] 'UMNO sudah rosak, koyak dan rabak' - Muhyiddin

Iklan

TAMPIN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti UMNO tidak seperti dahulu sebaliknya sudah rosak dan digambarkan juga sebagai sudah koyak serta rabak.

Muhyiddin turut mendakwa prinsip asal perjuangan UMNO juga telah tiada, ia telah dikorbankan oleh masalah 47 pertuduhan yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak dahulu lagi UMNO tidak sehaluan dengan DAP dan menjadi kepantangan untuk menyebut DAP.

Antara mereka yang hadir pada Ceramah Perdana Parlimen Tampin di Felda Jelai 4 pada Rabu.


"Sebab itu UMNO sejak dahulu lagi tidak mahu bersepakat dengan DAP, tidak boleh. Tetapi macam mana hari ini berbeza? Jadi ini sangat pelik, UMNO dengan DAP dengan Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) berpeluk-peluk," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Parlimen Tampin di Felda Jelai 4 pada malam Rabu.

Iklan

Pada majlis berkenaan, calon PN bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tampin turut diperkenalkan iaitu calon kerusi DUN Repah, Yong Li Yi; DUN Gemencheh, Tengku Abdullah Tengku Rakman dan DUN Gemas, Redhuan Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Pengerusi PN, Negeri Sembilan.

Iklan
Muhyiddin ketika berucap pada Ceramah Perdana Parlimen Tampin di Felda Jelai 4 pada malam Rabu.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau tidak menolak sebahagian yang hadir pada program malam ini (Rabu) merupakan ahli-ahli UMNO.

"Semua yang ada di sini adalah mahabah, saya ingin mengingatkan dan saya nak menyebut juga sebab saya bekas Timbalan Presiden UMNO dahulu, walaupun saudara-saudara masih UMNO (ahli) jangan fikir bahawa UMNO macam dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN akan mengumumkan manifesto bagi Selangor pada Jumaat ini sebagai tawaran kepada pengundi-pengundi di negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Katanya, setiap negeri yang terbabit dalam PRN akan diketengahkan manifesto masing-masing.

"Saya nak katakan janji kami...memperkenalkan beberapa perkara dalam manifesto Negeri Sembilan iaitu mahu bangunkan ekonomi, pendidikan, sosial dan bidang-bidang lain. Ini janji kami dan bila kami berjanji, kami akan laksanakan," ujarnya.