Dua beradik mangsa lemas di kolam ikan meninggal dunia

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu

SANDAKAN - Polis mengesahkan dua beradik termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang tidak sedarkan diri akibat lemas di dalam kolam di Kampung Bambu Batu 7, dekat sini telah meninggal dunia.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Amira Rolan, 19, dan adiknya Muhammad Awira, 10, meninggal dunia pada jam 12.40 tengah hari Rabu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 11.18 pagi.

Menurutnya, pengadu memaklumkan terdapat dua mangsa lemas sedang mendapatkan rawaran di Unit Kecemasan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Iklan

"Ketika manda, dua mangsa telah lemas namun berjaya diselamatkan penduduk kampung," katanya satu dalam kenyataan pada Khamis.

Abdul Fuad berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya telah dibawa ke HDOK dengan menggunakan ambulans.

Iklan

"Namun pada jam 12.40 tengah hari, kedua-dua mangsa yang menerima rawatan itu telah disahkan meninggal dunia.

"Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan dua mangsa tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan di kampung berkenaan.