SPR bincang PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram hari ini

Iklan
SPR disaran tampil memberi penjelasan berhubung isu pengumuman peruntukan projek dan dana untuk rakyat serta belia Terengganu yang didakwa sebagai rasuah. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas jam 10 pagi Khamis bagi membincangkan urusan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Mesyuarat di Menara SPR Putrajaya itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Iklan
Iklan

SPR akan mengadakan sidang akhbar sejurus selesai mesyuarat khas itu.

Pada 25 Julai lepas, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Iklan

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Salahuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor pada 24 Julai. - Bernama

Iklan